
erm......aku boleh terlupa bahawa aku pernah ada blog yg aku cuba buat...bayangkan dah setahun usia blog tu tanpa sebarang usikan daripada aku.Dan kini dan selepas ini mungkin aku ingat menghidup kembali blog ini dan dapat berkongsi bersama-sama teman yg akan ku kenali.
Alhamdulillah, sehingga saat ini kesihatan aku normal walaupun sesekali diserang migrain.Ibuku pun sama walaupun sebenarnya dia mengidap sakit buah pinggang yang kronik dan bergantung kepada mesia dialisis setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.Dan ibuku merupakan seorang wanita yang cukup kuat semangat walaupun di usia mencecah 63 tahun dia tetap mahu melaksanakan segala urusan dengan sendiri tanpa bantuan aku.Sayang sangat-sangat kat mak.
Ayahku telah tiada semenjak masalah jantung 2 tahun yang lalu dan kini mak tinggal dengan aku sahaja dan sememangnya anak bongsu rapat ngan mak kan?Dan semenjak tinggal dengan akulah badan aku semakin montel ini, gara-gara masakannya,apa-apa pun aku tetap bersyukur sebab aku masih lagi dapat kecapi kasih sayang mak.
Adam, insan yang aku sayang merupakan ahli keluarga yang baru, mak aku menerimanya sebagai anak angkat setelah aku membawa dia ke dalam keluarga aku.Dia kini sibuk dengan kedai makannya, dan semakin kurus, amat kesian aku melihatnya di usia 21 tahun terpaksa bekerja keras.Aku juga bersyukur kerana dia tidak seperti anak-anak muda yang seusia dia yang hanya mementingkan keseronakan.Dia dapat berdikari,itu sahaja yang aku pinta dari dia...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan